Thursday 29 December 2011

iphone 4S FREE


WOWW..ade iphone 4S free la...sape nak bagi kan...ade sape2 yang nak tak...ok phone ni di beri oleh company DiGi yang bermurah hati untuk memberi  iPhone 4S pada Nuffnanger yg bertuah.. Jadi jika anda ingin  memenangi  iPhone 4S, semak butir-butir di bawah:

bagi mendapat kan iphone 4S ini di tangan anda, apa yang anda perlu lakukan adalah post kn didalam blog yang berasingan bagi memberitahu: -







Mengapa pelan DiGi iphone 4S paling mampu dimiliki,dengan tajuk '4SURE bawah DiGi PALING MAMPU'
• Kenapa anda mahu iPhone 4S, berdasarkan tajuk '4SURE bawah DiGi 4ME' . Anda juga boleh mengemukakan vlog untuk yang ini!
• Apakah perkara pertama yang anda akan buat dengan iPhoneDiGi 4S dengan tajuk 'DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST
• Mengapa Siri dan DiGi sahabat terbaik anda dengan tajuk 'DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Ia benar-benar mudah! Apa yang anda perlu lakukan adalah lengkapkan DUA cabaran-cabaran di atas dan anda akan mungkin memenangi iPhone 4S! DAN, anda boleh mengemukakan setiap langkah seberapa banyak kali yang anda suka! peringatan masukkan lencana DiGi dalam blog post anda. semoga berjaya...


Langkah-langkah ini juga akan dikira dalam keputusan akhir untuk pemenang. Selain itu, pemenang akan mendapat iPhone 4S yang dihantar terus ke rumah mereka! Itulah apa yang kita panggil perkhidmatan dengan senyuman! Untuk menyertai peraduan Siri-ously yang menakjub iniKLIK DISINI SEKARANG



GOOD LUCKKK !!!


BERTUKAR...


Huh...lame gile la x jengok blog ni..maklum le dh akhir2 tahun ni keje melambak nk kene siap kan..nk update pun xsempat..sory yer pada yang follow tu..(ceh de ke yg nak follow blog yg seberapa ni..)nk blogwalking pun xsempat..xper lepas ni ade mase boleh jengok2 jap..








bukak2 jer blog ari ni tengok shoutmix..(mungkin blogger lain dh alert benda mcm ni..maklum le lame x berblogging..)klik dkt shoutmix tetibe die tulis perkhimatan percuma diberhentikan dan kini akan dikenakan bayaran...so pe lg..jd mcm power rangers la BERTUKARRRRR..haha..ok pada spe2 yg blum bertukar lg ni aku bg link untuk korng senang cari..

klik sini for cbox
klik sini for shoutbox

ok..korang bleh pilih mana yg nk yer...selamat BERTUKARRRRRRRRRRRRRRRR...

Thursday 22 December 2011

APE TU!!!!


Ha..lepas ni mesti orng ramai suke kn...buka2 je beg duit mesti colourful nyer...hehehe..tp kalau xde duit xde la colourful..huahuahua..walau berubah warna sekali pun tp gambar tetap sama..macam duit dalam permainan saidina pun de gak..kenapa la tak keluarkan duit nilai rm 2 hengget...kan senang nk kire nnt..apepaun tahniah la de perubahan bg meningkatkn keselamatan duit dari dicetak rompak..tp belum tahu lg mcmne..orng yg nk buat jahat ni de je idea.note baru Ringgit malaysia ini akan dikeluarkan pada julai tahun depan.







Tuesday 13 December 2011

HEBAT PROTON..

jom layan jap.......



























               tahukah anda kereta2 diatas asalnya dari kereta apa








hebat tak..kereta saga fl blh dijadikan bermacam2 model..tp sayang..ianya hanya untuk pameran..bukan untuk dijadikan model kereta keluaran proton..body kereta tersebut diperbuat dari bahan terpakai..kreatif kn proton...siapa la designer die kan...tahniah proton...

Thursday 8 December 2011

Pekeliling Rasmi Sistem Saraan Baru (SBPA) Guru,Pdrm,Umum


ha pe lg..ni la masa yang ramai orng2 kije gomen tggu..terurai la segala kontrovesi segala ini dan terjawab la segalanya..masyuk la die orng thun baru..harap2 penuh la keazaman die orng bekerjakn...klik sini untuk download 


Tuesday 6 December 2011

UNIC NYER..KREATIF...

OPPPSS...bukan nk buat operasi k...just nk share pada blogger2 skalian de x yang nk abadikan gambar2 kenangan seperti ni untuk dijadikan clock..mesti cute kn...

so cmner..daripada gambar2 yg de 2 disimpan dan tiada yg melihatnye baik dijadikan clock..setiap pengunjung rumah pasti terpesona melihatnya...sekiranya anda ingin kan tempahan sila klik disini  
dan like di facebook Unic Deco











ADUHAIIIII




BERPUSING2 KEPALA DIBUATNYER...








Friday 2 December 2011

PENCIL VS CAMERA

JOM SANTAI2 JAP BAGI RELEASE TENSION
ENJOY.......LAYANNNN












KREATIF X DIE ORANG NI..
TERBAEKKKKKKK












HAH KAN DAH CAKAP........


Manusia, Malaikat, Syaitan...


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu..




INFAQ

Salam jumaat..semoga jumaat ari ni lebih baik dari semalam...xde pe nk cite just nk share jer pe yg terbaca dalam 1 blog ni... jenguk2 la yer..dan kalau boleh mohon panjang2 kan la pada rakan2 yang lain...

Thursday 1 December 2011

HAH TENGOK LA SENDIRI

dapat dari fren aku..tgok dan baca la yer...


wow..terbaekkkkkkk laaa...


wow..tengok gambar atas...boleh tahan la cantik..hehehe..nah ari ni aku nk bgtau yg harga rumah makin lame makin naik...mungkin ramai yang dh tau dari dulu lagi tentang harga rumah ni..tp ape action yang anda buat?..adakah anda membeli rumah..tengok saje harga rumah makin naik..atau membisu tanpa kata..baru beberapa ari lepas aku dh sattle kn duit peguam atas pembelian rumah baru...blh than gak la kos peguam...hampir cecah 5k...kaya la kn spe yg de firma guaman..tp menurut kerani yg keje dkt situ die ckp kos peguam sebenarnya skit jer yg lain semua bg dkt kerajaan...huh tepernjat gak aku dgar...
yer la first time beli rumah...(dlam otak pikir bnyk la duit krajaan eh..tp jalan kg aku masih mcm 2 gak..hahaha)...ok note sampai situ pasal peguam... saje jer bgtau serba skit..cite blik pasal harga rumah ni..masa advertise dgn banner ckp harga sekian-sekian tp bila time aku dtng nk tgk deal rumah dh jd harga lain..kau tnye dkt salewoman 2 nper harga lain..die ckp dgn aku...dikkkk harga rumah ni bukan macm harga kete..kete makin lame makin trun tp rumah ni makin lme makin naik..ooo yer ker...baru aku tau..so sebelum aku dpt harga yg lg naik mcm gunung tu baik aku trus jer book rumah 2...tup2 ari ni kluar lak dekat beritasemasa cite panas...ko try la terjah dkt cni ek..tgk la pape yg patut beritasemasa .... nanti aku bgtau lg cmner nk dapatkan tips2 bg melayakkan membeli rumah...enjoy dulu dekat cni ek.. ni...

Friday 25 November 2011

Pengambilan Pelatih KKBN Pontian Sesi Jan 2012

Pengambilan Pelatih KKBN Pontian Sesi Jan 2012




Informasi Umum



Tarikh:                                                 26-Sep-2011 - 30-Dec-2011
Hari di dalam minggu:                         Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Penonton sasaran:                               General Audience
Masa:                                                   8.00 AM - 5.00 PM
Lokasi:                                                 Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian
Individu untuk dihubungi:                    Urusetia Bahagian Latihan
Nombor Telefon:                                  07-6933184 / 489
E-mel:                                                  kkbnptn@yahoo.com
Laman Web:                                        http://kkbn.com.my



KKBN Pontian menawarkan sepenuh masa dan ianya adalah percuma.Kursus-kursus ini adalah terbuka kepada belia lepasan spm berumur di antara 17 hingga 25 tahun digalakkan memohon.Antara bidang kemahiran adalah Teknologi Automotif,Awam,Pendawaian Elektrik,Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik,Tekstil & Apparel dan Elektronik Industri












1 MORE BLOGGER

1 MORE BLOGGER

SAGA THE NEW OF IMPRESSION

COMING SOON

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Beberapa hari lg kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah.Disini Saya kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang hari tersebut. (sabtu,30 zulhijjah1432 bersamaan 26 Nov 2011 ).
Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
                                          Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Friday 18 November 2011

JAWATAN KOSONG PWTC

PWTC


Pameran Kerjaya di PWTC, Kuala Lumpur .


Tarikh: 18-Nov-2011 - 20-Nov-2011
Lokasi: PWTC, Kuala Lumpur


Anda sedang mencari pekerjaan? Kunjungi Pameran Kerjaya di PWTC, Kuala Lumpur dari 18hb - 20hb November bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Pameran Kerjaya ini disertai oleh perusahaan swasta, syarikat syarikat kerajaan, syarikat-syarikat nasional pelbagai, agensi-agensi kerajaan, agensi perkerjaan dan syarikat-syarikat pertanian yang menawarkan 30,000 jawatan kosong untuk diisi kepada mereka yang layak. Sejumlah 22,000 orang belia telah berjaya mendapat perkerjaan di Pameran Kerjaya pada Mac lalu.Jangan lepaskan peluang..

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJA 1 MALAYSIA

 


Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja 

Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang 
Tempat : MENARA PERSEKETUAN MITC AYER KEROH


Aktiviti : 
1. Temuduga Terbuka 
2. Program Jana Pendapatan 
3. Pameran Peluang Kerjaya dan Latihan Kemahiran
4. Pendaftaran online JobsMalaysia



untuk maklumat lanjut sila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my

Wednesday 16 November 2011

Latihan Kemahiran 1 Malaysia




Latihan Kemahiran 1 Malaysia


Tarikh: 1-Apr-2011 - 31-Dec-2011
Lokasi: ADTEC Melaka




ADTEC Melaka menawarkan Latihan Kemahiran 1 Malaysia yang dijalankan secara separuh masa dan ianya adalah percuma.Kursus-kursus ini adalah terbuka kepada masyarakat umum seperti graduan lepasan universiti,lepasan sekolah, mereka yang ingin mendapatkan mahupun menambah kemahiran asas mereka.Antara bidang adalah automotif,juruelektrik,ICT dll.Orang ramai di jemput hadir.

GIAT MARA



Karnival Produk Kemahiran GIATMARA Wilayah Persekutuan


Tarikh: 2-Dec-2011 - 2-Dec-2011
Lokasi: Ruang Legar Medan MARA, Jalan Raja Laut



Karnival Produk Kemahiran GIATMARA Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 30 November hingga 02 Disember 2011 di Ruang Legar Medan MARA, Jalan Raja Laut. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk jualan produk kemahiran GIATMARA serta demo sulaman tampal, jahitan manik, sulaman reben, gubahan kristal, masakan dan terapi kecantikan. Datanglah beramai-ramai dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. TQ -- Wan Azlina Binti Mohamed Ali Marican GIATMARA Lembah Pantai No. 15-1, Tingakt 1, Jalan Pantai Murni 2, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur. Tel : 03-22413500 Faks : 03-22412500 H/P : 012-2171805 wanazlina@giatmara.edu.my

Monday 14 November 2011

PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN SIHIR DAN SYAITAN

MANZIL RESAM UTHMANI
MANZIL RESAM UTHMANI






Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada para ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini telah disebut dalam kitab al-Qaulul Jamil dan Behisthi Zewar.
Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayay-ayat manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh.Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.Marilah sama-sama kita mengamalkanya bagi menghindari sihir dan syaitan.Bagus diamalkan didalam ahli keluarga kita supaya terhindar dari segala perbuatan jahat sihir.Buku manzil resam uthmani ni boleh dapatkan dipasaran dengan harga RM2.80...alah membeli menang memakai...

Tuesday 8 November 2011

"SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!"

first time join segmen2 macam ni...


cepat2...
jangan lepaskan peluang..jom join segmen ni...
tarikh tutp semakin hampir iaitu
10 november 2011 pada pukul 10.00 malam

TAHNIK

Ada anjuran dalam islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yg telah dikunyah oleh orng alim dan bertakwa...isi buah tamar yg telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan di masukkan kedalam mulut bayi,kekiri dan kekanan mulutnya..ini dilakukan sehingga kurma td menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi...


"Diriyawatkan dari Asma' bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin Zubeir di makkah.selepas iti beliau datnag ke madinah dan tinggal di Quba'. Semasa Abdullah dilahirkan,beliau dibawa kepada Rasulullah SAW lalu diletakkan diatas ribaan Baginda.Baginda selepas itu berdoa dan menguyah sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah...


Antara hikmah Amalan "Tahnik' ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna..Seandainya kurma sukar didapati bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah..

KURMA NABI



MADU LEBAH ASLI

KliK HaDiAh mEnaRiK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...