Friday 25 November 2011

Pengambilan Pelatih KKBN Pontian Sesi Jan 2012

Pengambilan Pelatih KKBN Pontian Sesi Jan 2012




Informasi Umum



Tarikh:                                                 26-Sep-2011 - 30-Dec-2011
Hari di dalam minggu:                         Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Penonton sasaran:                               General Audience
Masa:                                                   8.00 AM - 5.00 PM
Lokasi:                                                 Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian
Individu untuk dihubungi:                    Urusetia Bahagian Latihan
Nombor Telefon:                                  07-6933184 / 489
E-mel:                                                  kkbnptn@yahoo.com
Laman Web:                                        http://kkbn.com.my



KKBN Pontian menawarkan sepenuh masa dan ianya adalah percuma.Kursus-kursus ini adalah terbuka kepada belia lepasan spm berumur di antara 17 hingga 25 tahun digalakkan memohon.Antara bidang kemahiran adalah Teknologi Automotif,Awam,Pendawaian Elektrik,Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik,Tekstil & Apparel dan Elektronik Industri












1 MORE BLOGGER

1 MORE BLOGGER

SAGA THE NEW OF IMPRESSION

COMING SOON

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Beberapa hari lg kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah.Disini Saya kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang hari tersebut. (sabtu,30 zulhijjah1432 bersamaan 26 Nov 2011 ).
Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
                                          Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Friday 18 November 2011

JAWATAN KOSONG PWTC

PWTC


Pameran Kerjaya di PWTC, Kuala Lumpur .


Tarikh: 18-Nov-2011 - 20-Nov-2011
Lokasi: PWTC, Kuala Lumpur


Anda sedang mencari pekerjaan? Kunjungi Pameran Kerjaya di PWTC, Kuala Lumpur dari 18hb - 20hb November bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Pameran Kerjaya ini disertai oleh perusahaan swasta, syarikat syarikat kerajaan, syarikat-syarikat nasional pelbagai, agensi-agensi kerajaan, agensi perkerjaan dan syarikat-syarikat pertanian yang menawarkan 30,000 jawatan kosong untuk diisi kepada mereka yang layak. Sejumlah 22,000 orang belia telah berjaya mendapat perkerjaan di Pameran Kerjaya pada Mac lalu.Jangan lepaskan peluang..

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJA 1 MALAYSIA

 


Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja 

Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang 
Tempat : MENARA PERSEKETUAN MITC AYER KEROH


Aktiviti : 
1. Temuduga Terbuka 
2. Program Jana Pendapatan 
3. Pameran Peluang Kerjaya dan Latihan Kemahiran
4. Pendaftaran online JobsMalaysia



untuk maklumat lanjut sila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my

Wednesday 16 November 2011

Latihan Kemahiran 1 Malaysia




Latihan Kemahiran 1 Malaysia


Tarikh: 1-Apr-2011 - 31-Dec-2011
Lokasi: ADTEC Melaka




ADTEC Melaka menawarkan Latihan Kemahiran 1 Malaysia yang dijalankan secara separuh masa dan ianya adalah percuma.Kursus-kursus ini adalah terbuka kepada masyarakat umum seperti graduan lepasan universiti,lepasan sekolah, mereka yang ingin mendapatkan mahupun menambah kemahiran asas mereka.Antara bidang adalah automotif,juruelektrik,ICT dll.Orang ramai di jemput hadir.

GIAT MARA



Karnival Produk Kemahiran GIATMARA Wilayah Persekutuan


Tarikh: 2-Dec-2011 - 2-Dec-2011
Lokasi: Ruang Legar Medan MARA, Jalan Raja Laut



Karnival Produk Kemahiran GIATMARA Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 30 November hingga 02 Disember 2011 di Ruang Legar Medan MARA, Jalan Raja Laut. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk jualan produk kemahiran GIATMARA serta demo sulaman tampal, jahitan manik, sulaman reben, gubahan kristal, masakan dan terapi kecantikan. Datanglah beramai-ramai dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. TQ -- Wan Azlina Binti Mohamed Ali Marican GIATMARA Lembah Pantai No. 15-1, Tingakt 1, Jalan Pantai Murni 2, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur. Tel : 03-22413500 Faks : 03-22412500 H/P : 012-2171805 wanazlina@giatmara.edu.my

Monday 14 November 2011

PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN SIHIR DAN SYAITAN

MANZIL RESAM UTHMANI
MANZIL RESAM UTHMANI






Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada para ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini telah disebut dalam kitab al-Qaulul Jamil dan Behisthi Zewar.
Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayay-ayat manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh.Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.Marilah sama-sama kita mengamalkanya bagi menghindari sihir dan syaitan.Bagus diamalkan didalam ahli keluarga kita supaya terhindar dari segala perbuatan jahat sihir.Buku manzil resam uthmani ni boleh dapatkan dipasaran dengan harga RM2.80...alah membeli menang memakai...

Tuesday 8 November 2011

"SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!"

first time join segmen2 macam ni...


cepat2...
jangan lepaskan peluang..jom join segmen ni...
tarikh tutp semakin hampir iaitu
10 november 2011 pada pukul 10.00 malam

TAHNIK

Ada anjuran dalam islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yg telah dikunyah oleh orng alim dan bertakwa...isi buah tamar yg telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan di masukkan kedalam mulut bayi,kekiri dan kekanan mulutnya..ini dilakukan sehingga kurma td menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi...


"Diriyawatkan dari Asma' bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin Zubeir di makkah.selepas iti beliau datnag ke madinah dan tinggal di Quba'. Semasa Abdullah dilahirkan,beliau dibawa kepada Rasulullah SAW lalu diletakkan diatas ribaan Baginda.Baginda selepas itu berdoa dan menguyah sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah...


Antara hikmah Amalan "Tahnik' ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna..Seandainya kurma sukar didapati bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah..

KURMA NABI



MADU LEBAH ASLI

BERILAH KHABAR GEMBIRA TAHNIAH....

jika kita menyoroti sirah peribadi agung NABI MUHAMMAD S.A.W, kita akan medapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada abu lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan "TELAH LAHIR SEORANG ANAK LELAKI DARIPADA ABDULLAH."
maka abu lahab pada ketika itu dengan serta merta memerdekakannya kerana terlalu gembira..mari lah kita meraikan kegembiaraan dengan mengucapakan tahniah kepada rakan-rakan kita apabila mereka menimang cahaya mata bagi menanam perasaan kasih sayang dan membina kesatuan umat islam.. 

comelnye baby ni......

Saturday 5 November 2011

SALAM AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
alhamdullilah...pada hari ini umat islam sedang megerjakan wukuf di arafah iaitu perkara yg wajib dlm mengerjakan ibadah haji dan bersyukur kita kepada allah sehingga hari ini kita dapat meraikannya lg..mudahan2 kita berkesempatan meraikanya bersama nnt di mekkah bersama2...amenn..semoga kita dipermudahkannya oleh allah dalam segala hal di dunia dan akhirat.... 



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI PENCORET..

Thursday 3 November 2011

5 syarat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." 

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
 Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata,



 "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." 


Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Tuesday 1 November 2011

MARI KITA AMALKANNYA

“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)]..SEMOGA KITA SEMUA DIPERMUDAHKANNYA DALAM SEGALA HAL..DUNIA SEMAKIN DI PENGHUJUNGNYA...


BUMI YANG SEMAKIN TUA

PERINGATAN!!!!!!!!!!!!

Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan,


bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad

telah berkata:


"Akan tiba suatu zaman


di mana tiada apa yang bernilai,


dan boleh digunakan oleh umat manusia.


Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"



BERSAMA-SAMA LAH KITA MENGUMPULNYA SEMENTARA MASIH ADA WAKTU....


DINAR DAN DIRHAM

KliK HaDiAh mEnaRiK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...