Tuesday 25 October 2011

MEMBERI SALAM

NABI S.A.W telah bersabda "APABILA KAMU MASUK DI DALAM SUATU MAJLIS MAKA BERILAH SALAM.APABILA KAMU KELUAR, BERILAH SALAM"

ini bererti di sunnat kan memberi salam ketika ketika bertemu dan ketika berpisah kerana memberikan kesejahteraan dan menegakkan lambang ahlil iman.
IMAM NAWAWI berkata: sunnat diberi salam apabila seseorng masuk kedalam rumahnya walaupun tiada sesiapa didalamnya.
semoga kita dapat mengamalkan perkara ini bersama2..amenn

salam takziah kepada TYT melaka


Anak kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Mohammad Raznam, 46, meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Shahbandar, Pekan.semoga rohya dicucuri rahmat..amenn

Thursday 20 October 2011

DUIT-DUIT...DIMANA KAH KAU..

pagi2 mcm ni cuba kite kene tgk diri kita ni..sesuai ker x dengan ungkapan di atas...where ever u are please remind the statement..haha..ceh..skiping london le pulak...jom...layannnnnnnnnnnnn

Wednesday 19 October 2011

baik2 sayang


hahaha..baik2 sayang..tp ape die ek cakap ek..de kene mengena dengan sayang menyayang ker..just think... 

mari lihat siapa yang kene

Ape yang anda nampak di sebalik perkataan diatas..mari saje2 jer kite test2 minda nak tengok ok lg x minda kite....hahaha..tq for support..have a fun....

Friday 14 October 2011

SALAM JUMAAT SEMUA...sebelum mulakan kerja anda,jom celik2-celikan minda sebentar...cuba IQ jap pagi-pagi ni bagi FRESH skit.andakah anda suda bersedia untuk melakukan tugas kerja..jom layannnnnnnnn!!!!!!!!!!

IQ TEST
CUBA ADA CARI APA KAH KESALAHAN YG TERDAPT DALAM GAMBAR DIATAS...SELAMAT MENCUBA.......

Thursday 13 October 2011

pentingnya pengetahuan


TASIK GALILEE

Terbaca dalam 1 artikel dan terpanggil untuk share sama-sama sebagai pengetahuan kita semua...TAHUKAH ANDA DENGAN TASIK GALILEE..PERNAH KAH ANDA BACA MENGENAINYA..AMBIL LAH MASA YANG ADA DAN BACA SEBENTAR SAHAJA..MUDAH-MUDAHAN KITA BEROLEH RAHMAT DARI ALLAH..AMEEN..
Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini..
DIMANA TASIK GALILEE?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut..
Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam
KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”
Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku SÅ«rah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ…saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu.. kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.
________________________________________________________________________________________
FITNAH DAJJAL
sumber:
http://ohtidak.com/oh-dubai-dan-berhala-tertinggi-di-dunia/
Masa untuk kemunculan Imam Mahdi akan hadir tidak lama lagi, Mereka2 yang masih kekal di dalam liputan sistem2nya “tidak mungkin” dapat membezakan siapakah Al-Masih yang sebenarnya, [sila rujuk semua kiriman Tuan Megat Panji Alam yang lepas untuk mengetahui kenapa ini berlaku??] dan sebelom itu umat Islam akan diuji dengan bahang kepanasan yang berturut2 selama 3 tahun tak lama sahaja lagi,
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
“Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.”
Kerana kemarau panjang selama 3 tahun inilah Tasik Galilee sudah hampir mengering..
Hadis lain berkaitan Tasik Galilee:
”Al-Mahdi akan mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.”(Iqd al-Durar fi Akbar al-Imam al-Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi)
Apakah Imam Mahdi akan menguasai kawasan itu daripada tentera Israel lalu mengeringkan Tasik Galilee dan mengeluarkan tabut? Ataupun mungkinkah tentera Israel ada membina kompleks rahsia di bawahnya dan menyorokkan tabut di situ?.. Persoalan ini saya tinggalkn di sini..kerana saya bukanlah orang selayaknya mentafsir hadis ini.. Cuma mahu mengajak sahabat2 lain untuk sama-sama berfikir dan mengkaji terus mengkaji..
PENUTUP
-Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir – Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.. Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi s.a.w berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)
-Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.
Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)]
Dalam riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam Tasyahudnya. Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal,..sedangkan siapalah kita disisi Allah?..
Bahayanya fitnah dajjal ini bukan sahaja mengelirukan orang awam yg rendah ilmu dan imannya, tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama’ terkeliru dengan Dajjal ini, baik Dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yg awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya..Nauzubillah..
-Simpan Emas banyak-banyak, system duit kertas tidak akan bernilai dan system kapitalis akan hancur tidak lama lagi..
-Marilah buat persediaan, berlatih memanah, berkuda dan berenang.
SEMOGA KITA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA PERKARA..

Wednesday 12 October 2011

besar ganjarannya

SELAWAT SIDI AHMAD AL-BADAWI

kebanyakkan orang kalangan arifin menyebut selawat ini mujarab untuk menunaikan segala hajat,menghilangkan segala dukacita,menolak segala bala,menghasilkan semua anwar dan asrar,dan ia dibaca seratus kali sehari(100)..mudah-mudah doa kita diterima allah

tahukah anda

sujud ku hanya pada mu ya allah

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (burut)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13. Mengurangkan kegemukan

14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! Tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut

17. Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

18. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

19. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal & menguatkan mentaliti seseorang.

20. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Semoga dengan sedikit kelebihan ini..walaupun hanya doddle,, di harap ia boleh memberi manfaat dan ilmu buat semua..

Monday 10 October 2011

Berita Utama

boleh dijadikan papan tanda
SAY NO TO MLM..(bukan malam yer..) mungkin ramai yang dh ketahui tp masih lg terjerat dalam kancah ni..wah..ayat mcm edisi khas lak..tp disebabkan nk kaya mcm2 blh jadi..bukan ker rezeki 2 allah yg bg...tp kene usaha..bukan duduk2 jer blh dpt duit..tp de gak yg dpat...tu orng yang mntk sedekah tu..adakah itu 1 usaha..edisi kali ini mengupas sejauh mana kebenarannya MLM ni..mari kita baca sejenak...enjoy....
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

WAHHHH....


Ternyata yang ditunggu2 telah pun diumumkan pada hari jumaat lepas...so ape yang anda dpt dari pengumanan tersebut...tahniah kepada kakitangan awam atas kenaikan gaji yg diberikan...swasta macam mana?..cube anda fikir kan tentang skala diatas...

Terus bergerak maju...

KARAKTER DALAM BOBOIBOY
TAHNIAH....kartun animasi 3D yang menjadi kegemaran kanak pada masa ini dan tidak terkecuali golongan dewasa terus bergerak maju setanding hasil karya antarabangsa...sekali lg tahniah kepada ANIMOSTA STUDIO SDB BHD..http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

myMetro | ‘Pesta’ daging babi bermadu

myMetro | ‘Pesta’ daging babi bermadu

Friday 7 October 2011

LaMbaIAn Ka'aBAh



tahu kah anda
Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?mari kita baca sekejap kisah ini...

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

PeRnAh kaH aNdA taHU

Dalam buku Fiqh Sholat Empat Madzhab diterangkan oleh Hadits Nabi shallallahu alaihi wasallam dari Abu Hurairoh “Barang siapa bertasbih selesai sholat
33x, takbir 33x, tahmid 33x. Maka semua berjumlah 99 kemudian disempurnakan menjadi 100 dengan mengucap La ilaaha illaLlahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syay’in qodir, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak buih dilautan (HR Bukhori, Muslim, dan Abu Dawud)

Thursday 6 October 2011

RaMai Yg terTunggU2

pertembungan 2 gergasi EPL akan berlansung di anfield...siapaka akan menjuarai nya..LIVERPOOL mempertaruhkan ayam tambatannya luis suarez yg beaksi cemerlang dan MAN U mungkin akan mempertaruhkan chicarito? atau ayam tambatannya berbatov...JANGAN LUPA SAKSI KAN NYA DI ASTRO 15 OKTOBER 2011 

  vs

        

akan di usahakan........


Best oooooooo...bila nak g tempat ni..ikut rase hati nak g jer thun depan...tp...ahaha...semestinye memerlukan duit...sape2 yg de duit lebih boleh la sponsor..hehehe


bolrh jumper mickey ni..selalu tgk dlam tv je.
boleh jadi rumah idaman ni...hahaha

bergunanyerr




pernahkan anda membeli emas...pada yg bakal melansungkan perkahwinan sudahkah anda membeli emas atau masih tertunggu lagi..pernah anda tahu harga emas ada turun naiknyer..mana lebih baik simpan emas atau pelaburan saham  Utusan Malaysia Online - Ekonomi

pelbagai bentuk emas

Boleh

Betul ker boleh.percubaan update..

Tuesday 4 October 2011

pe dah jadi

ape kejadah la manusia zaman sekarang...binatang pun sayang anak la...dunia semakin hampir ke penghujungnye...
www.kosmo.com

SeKadar REnunGan

22 tanda hari kiamat semakin hampir :
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

semakin hampir

ketibaan yag dituggu2 makin hampir...adakah terjawab segala persoalan..nnt kan nya pada 7/10/2011..BAJET 2012...

KliK HaDiAh mEnaRiK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...